Patutlah jadi mangsa, rupanya remaja perempuan 17 tahun ini…
Polis mendedahkan remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjadi mangsa kes amang seksual membabitkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal, dipercayai adalah peminat selebriti terbabit.
Hasil siasatan awal mendapati remaja dan selebriti itu dipercayai berkenalan selepas bertemu di beberapa tempat, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
“Daripada perjumpaan di beberapa venue, (dipercayai) itu yang mereka boleh kenal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Terdahulu, seorang artis lelaki ditahan pada 3 Jun lalu kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas remaja terbabit di sebuah hotel di Selangor.
Suspek didakwa kali pertama membawa remaja itu yang juga seorang pelajar, ke hotel selepas mereka dikatakan berkenalan sejak kira-kira dua bulan lalu.
Artis berkenaan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Menurut Hussein, polis masih menanti maklum balas daripada Pejabat Pendakwa Raya berhubung kes dakwaan amang seksual itu.
Jelas beliau, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kes itu, baru-baru ini, selepas siasatan dilengkapkan susulan laporan polis dibuat oleh ibu remaja terbabit.
Menarik perhatian peminat hiburan tanah air, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
BACA JUGA MOT umum tiga langkah segera kawal kenderaan berat, ini yang ditunggu orang ramai