Pas tukar himpunan URA dengan himpunan ‘Turun Anwar’ sebab tak ramai sambutan?
Tindakan Pemuda Pas mengubah fokus himpunan daripada membantah Agenda Pembaharuan Semula Bandar (URA) kepada seruan ‘Turun Anwar’ menimbulkan tanda tanya.
Perubahan mendadak tema himpunan itu mengundang reaksi pelbagai apabila netizen mendakwa perubahan dibuat kerana kurangnya sambutan terhadap isu asal.
“Laaaa.. kenapa tukar sebab modal tu tak laku ke?,” tulis Spark Nauza.
“Modal asal makan tuan bro. URA nanti kena bahan kes tanah Kampung Sungai Baru,” komen Hanzalah.
Demikian antara komen yang ditinggalkan netizen pada satu laporan media mengenai perkembangan terbaharu berkaitan penganjuran himpunan berkenaan.
Menerusi poster dikongsikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, fokus himpunan kini ditukar kepada seruan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menggunakan slogan ‘Turun Anwar’ sebagai mesej utama.
Warga maya menyindir perubahan itu sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada kemelut dalaman parti susulan ura-ura kononnya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal berundur daripada jawatan yang disandangnya.
Tidak hanya itu, ada yang menyarankan pembangkang lebih peka terhadap isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
“Dari sibuk pasal URA baik la korang buat demo gesa hukuman lebih berat pada pemandu lori dan bas yang banyak bunuh orang. Adalah juga faedahnya kepada rakyat…!,” kata Pak Uda.
Terdahulu Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi mendakwa semua isu yang berlaku sejak pentadbiran kerajaan Madani adalah berpunca daripada orang yang bernama Anwar Ibrahim.
Atas sebab itu katanya, Pemuda Pas mengisytiharkan himpunan pada 26 Julai nanti ditukar nama kepada himpunan ‘Turun Anwar’.
BACA JUGA Pas hipokrit desak Anwar letak jawatan, sebab bila pemimpinnya disiasat…