Gencatan senjata? Tidak sama sekali buat masa ini

Iran dengan tegas menolak usaha gencatan senjata selagi ia diserang oleh Israel.

Penegasan ini dibuat kepada negara pengantara, Qatar dan Oman, lapor Reuters.

“Pihak Iran telah memaklumkan kepada pengantara Qatar dan Oman bahawa mereka hanya akan berunding setelah Iran membalas serangan terlebih dahulu Israel,” kata seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan.

“Iran jelas tidak mahu berunding ketika masih diserang,” tambahnya.

Serangan mengejut oleh Israel dilancarkan pada Jumaat telah membunuh barisan tertinggi pimpinan tentera Iran dan merosakkan tapak nuclear.

Iran bersumpah untuk “membuka pintu neraka” sebagai balasan kepada serangan tersebut.

Iran juga menolak laporan bahawa ia telah meminta Qatar dan Oman meminta Amerika Syarikat menjadi pengantara gencatan senjata.

BACA JUGA: ‘Mana ada negara biadab macam Israel’, Malaysia pertahan hak Iran serang balas Israel