Heboh lagi dentuman di Ipoh, ini reaksi polis
Bunyi dentuman dan gegaran kuat di sekitar Ipoh, Perak pada lapan bulan lalu kembali berulang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioenr Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin akan mengeluarkan kenyataan rasmi jika menerima maklumat atau laporan mengenai kejadian itu, lapor Bernama.
Terdahulu, di media sosial penduduk sekitar Ipoh memberitahu mereka di Chemor, Chepor dan Tanah Hitam berasa gegaran di kawasan masing-masing kira-kira 10.30 pagi tadi.
Pada 21 Oktober tahun lalu, orang ramai di sekitar Ipoh antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput merasai gegaran kuat pada pukul 11.06 pagi yang disusuli dengan bunyi dentuman kuat.
Sebelum itu, fenomena bunyi dentuman dan gegaran kuat di Ipoh berlaku dan berulang pada 7 Jun 2012 dan 4 Oktober 2018.
Tiada aktiviti kuari atau tentera dijalankan semasa kejadian menggemparkan pada 2012, dan punca sebenar kekal misteri.
Dalam kejadian pada 2018 pula, TUDM, MetMalaysia, polis dan JMG menolak pelbagai teori termasuk gempa bumi, aktiviti kuari atau latihan ketenteraan.
BACA JUGA Hairan apabila Hadi anggap ‘Malaysia Madani’ disempitkan