‘Dia siar gambar orang sakit boleh’, Najib pun kongsi foto lawat Hadi
Boleh pula Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Pas, Riduan Mohamad Nor siar gambarnya bersama beberapa mangsa nahas bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk tatapan awam.
Datuk Seri Najib Razak juga pernah berkongsikan gambar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang terbaring di katil Institut Jantung Negara (IJN) semasa lawatannya pada 2016.
Itu antara reaksi orang ramai selepas Riduan mengkritik penyiaran gambar Abdul Hadi oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang dianggap tidak menghormati privasi dan proses rehat rawat pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan.
Walhal, Riduan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih pun pada 11 Jun lalu, berkongsikan sejumlah gambar semasa menziarahi mangsa-mangsa kemalangan bas yang menyayat hati itu.

Tak beradab
Namun, apabila gambar Abdul Hadi sedang berbaring di katil IJN dikongsikan di media sosial, Riduan menganggapnya itu sebagai “sangat tak beradab”.
“Melawat memang dituntut, bukan marah melawat.
“Buat apa nak siar gambar AC (Ayah Chik – panggilan mesra orang Pas terhadap Abdul Hadi) tengah tidak sihat?
“Terpaling prihatin ke walanon,” sindir Riduan yang reaksinya itu terpapar di tangkap layar dikongsi di media sosial.

Malah, dia menegaskan bahawa mereka sedaya upaya menyembunyikan lokasi Abdul Hadi, 77, menjalani rawatan.
Rata-rata warganet menempelak pemimpin Pas yang ‘bising’ dengan perkongsian gambar Dr Dzulkefly bersama Abdul Hadi di Institut Jantung Negara (IJN) yang dirakamkan ketika mengunjungi Presiden Pas itu semalam.
“Isu utama kerana bukan geng depa tu sahaja sebenarnya.
“Habis tu, masa DSNR melawat Hadi Awang dulu apasal tak jadi isu?
“Betullah orang kata, puak-puak walaun ni mereka buat boleh, orang lain buat dosa,” demikian antara kata warganet.
BACA JUGA Serangan bertalu-talu di seluruh Tehran, rakyat dan tentera Israel pula gelabah bersembunyi