Ini keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes SIS

Sisters in Islam telah berjaya membatalkan fatwa Majlis Agama Islam Selangor yang telah memutuskan kumpulan tersebut sebagai sesat di Mahkamah Persekutuan.

Panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti memutuskan perkara tersebut memerlukan pencelahan kehakiman.

Ia memutuskan bahawa kuasa hanya diberikan kepada pihak berkuasa agama untuk bertindak ke atas manusia yang beragama Islam, bukannya syarikat.

Mahkamah turut memutuskan bahawa pihak berkuasa agama Selangor boleh mengeluarkan fatwa yang mengisytiharkan seseorang yang menurut aliran liberal dan kepelbagaian agama sebagai sesat.

SIS di dalam permohonan semakan kehakiman memohon pembatalan fatwa oleh MAIS bahawa kumpulan tersebut menyebarkan ajaran sesat berpandukan aliran liberalism dan kepelbagaian agama.

Usaha SIS sebelum ini Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal.

SIS telah mengemukakan soalan sama ada syarikat berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama.

Untuk rekod, nama penuh SIS ialah SIS Forum Berhad.

BACA JUGA: Ajaran sesat: Hari penentuan untuk SIS dan fatwa Selangor