Iran kejutkan dunia berjaya musnahkan “permata mahkota sains Israel”

Iran melancarkan serangan peluru berpandu dari jarak jauh, menyasarkan bangunan penyelidikan Institut Weizmann, dianggap sebagai “permata mahkota sains Israel”, lapor The Associated Press (AP).

Untuk rekod, Institut Weizmann dikenali global dalam bidang kimia, fizik dan bioteknologi serta dianggap penting kepada keselamatan serta imej saintifik Israel.

Serangan Iran pada 15 Jun itu menyebabkan dua bangunan institut tersebut terjejas teruk termasuk satu makmal sains hayat yang tidak berpenghuni dan 45 makmal lain mengalami kerosakan atau gangguan.

Walaupun tiada kematian dilaporkan, kerosakan struktur menyebabkan gangguan penyelidikan berimpak tinggi seperti projek menggunakan lalat transgenik selama 16 tahun.

Akibatnya, proses penyelidikan secara besar-besaran itu dihentikan serta-merta dan salah seorang profesor melaporkan semua bahan penyelidikan, termasuk stok transgenik telah “lenyap sepenuhnya”.

Pakar bidang menganggarkan bahawa usaha memulihkan makmal dan menyambung semula projek akan mengambil masa bertahun-tahun.

Penganalisis menyifatkan tindakan Iran itu sebagai mesej balas terhadap serangan rahsia Israel ke atas saintis nuklear Iran.

Serangan tersebut juga menggambarkan memuncaknya ketegangan antara Iran dan Israel dengan sasaran tidak terhad kepada ketenteraan sebaliknya kini meliputi fasiliti penyelidikan dan hospital.

@truthuncovered5

Iran Destroys Israel’s Top Research Institute | 70 Years of Progress Wiped Out in Minutes Israel Iran conflict, Iran missile strike, Weizmann Institute attack, Israel defense failure, Iran retaliation, Israeli nuclear scientists, Israel vs Iran latest, hypersonic missile Iran, Middle East war 2025, Truth Uncovered #IranStrike #IsraelAttack #MiddleEastWar #WeizmannInstitute #HypersonicMissile #IsraelVsIran #TruthUncovered #BreakingNews #GlobalConflict

♬ original sound – Truth Uncovered

BACA JUGA AMANAH gesa MAIS failkan permohonan semakan isu SIS