Sinar tersalin profil Johari Abdul untuk KPN baru
Portal berita Sinar Harian menjadi perhatian selepas menerbitkan satu infografik mengenai Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang mengandungi kesilapan ketara sehingga menggambarkan beliau pernah terlibat politik.
Dalam infografik yang dimuat naik pada 20 Jun itu, bahagian “Anugerah” bagi Ketua Polis Negara tersebut telah menyatakan beliau adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah serta AJK UMNO Sungai Petani, Kedah.
Kandungan itu menimbulkan persoalan ramai sejak bila seorang pegawai tertinggi polis aktif dalam politik sedangkan penjawat awam, apatah lagi Ketua Polis Negara, tertakluk kepada larangan penglibatan politik termasuklah pegawai polis.
Kesilapan teknikal ini dipercayai berpunca daripada salinan terus profil Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR.
Semakan mendapati ayat sama pernah digunakan dalam infografik Sinar Harian yang diterbitkan pada 19 Disember 2022 bagi memperkenalkan Datuk Johari ketika dilantik sebagai Speaker.
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara tidak pernah terlibat dalam sebarang parti politik sepanjang kerjayanya sebagai pegawai polis.

BACA JUGA Apa dia sebenarnya Insentif Cekap Tenaga? Ini penjelasan mudah orang kampung boleh faham