40 peluru berpandu Iran hujani Israel

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah melancarkan 40 peluru berpandu termasuk Khorramshahr-4 dalam serangan ke atas Israel pagi ini.

Menurut Iran, Khorramshahr-4 boleh membawa banyak kepala peledak.

Khorramshahr-4 ialah peluru berpandu balistik terbesar Iran yang berjarak sederhana di bawah lingkungan capaian 2,000 kilometer.

Turut dikenali sebagai Kheibar, kepala peledaknya adalah seberat 1,5000 kilogram.

Serangan itu dibuat sebagai balasan kepada pengeboman ke atas Esfahan, Fordo dan Natanz yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) malam tadi.

Susulan itu, Israel telah menutup ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan.

BACA JUGA Iran diberi dua pilihan, keamanan atau tragedi, kata Trump