Rakyat Malaysia di Iran, apa nasib mereka?
Rakyat Malaysia di Iran dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini menerusi penerbangan MH781.
Menurut Wisma Putra, mereka bertolak dengan menaiki pesawat Turkmenistan Airlines T5-647 hari ini melalui Bangkok, Thailand.
Mereka dijangka tiba di tanah air pada pukul 10.50 malam.
Usaha penyelamatan ini telah diselia oleh Kedutaan Malaysia di Tehran dan diselaraskan oleh Kedutaan Malaysia di Ashgabat dan Bangkok, lapor New Straits Times.
Usaha ini turut melibatkan perjalanan melalui jalan darat melalui timur laut Tehran ke arah sempadan Turkmenistan.
Mereka kemudian bergerak ke ibu negara Turkmenistan, Ashgabat.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan sudahpun mengarahkan penutupan sementara Kedutaan Malaysia di Tehran dan mengarahkan kakitangan kembali ke tanah air.
Banyak kedutaan lain turut bertindak sebegitu rupa.
BACA JUGA: Trump sahkan penyertaan AS dalam konflik Iran-Israel, bedil tiga kawasan