Trump sahkan penyertaan AS dalam konflik Iran-Israel, bedil tiga kawasan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengesahkan tentera AS telah menyertai konflik Iran-Israel secara langsung.

“Kita telah menyempurnakan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordo, Natanz dan Esfahan.

“Kesemua kapal terbang kini di luar ruang udara Iran. Banyak bom dijatuhkan di tapak utama, Fordo dan semua kapal terbang selamat kembali.

“Tahniah kepada pejuang Amerika kita yang hebat. Tiada angkatan lain yang mampu melakukannya. Kini tiba masa untuk damai,” umum Trump menerusi media sosial.

Jet pejuang pengebom B-2 telah digunakan untuk pengeboman ke atas ketiga-tiga kawasan tersebut.

Fordo terdiri daripada kubu pertahanan bawah tanah dengan kemudahan pengayaan uranium kedua terbesar selepas Natanz.

Esfahan ialah pusat teknologi nuklear Iran.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei telahpun memberikan amaran pada hari Rabu bahawa sebarang penyertaan langsung Amerika akan memberi implikasi buruk kepada rantau Timur Tengah.

BACA JUGA: Konflik Iran-Israel: Amerika ditekan Israel