Heboh pemungut hutang serbu pejabat Harakah, rupanya cecah hampir RM2.4 juta

Tular di media sosial aksi wakil pemungut hutang mengingatkan pihak lidah rasmi Pas, Harakah untuk melunaskan tunggakan yang dikatakan mencecah RM2,396,970.

Menerusi rakaman tersebut, individu berkenaan mendakwa kunjungannya di pejabat Harakah berhubung isu tunggakan hutang itu gagal mendapat kerjasama yang sepatutnya.

“Saya datang ke sini (pejabat Harakah) membuat rundingan secara baik tetapi tidak mendapat Kerjasama,” kata wakil syarikat pemungut hutang itu.

Tambahnya, pintu pejabat media Pas di Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur itu juga tutup semasa kunjungannya.

Dia turut memaklumkan pemilik syarikat bekas pencetak akhbar Harakah, NAJ Press Resourcess (M) Sdn Bhd iaitu Azlan Jan sedang sakit.

Sebelum ini, pengurus NAJ Press Resourcess (M) Sdn Bhd, Hussin Jan mengesahkan Pas telah melunaskan hutang berjumlah RM659,000 pada 11 Mac tahun lalu.

@asiapro0404

Mohon pihak harakah untuk menyelesaikan dengan kami tentang masalah hutang syarikat anda kepada Angkatan, Pengelakan untuk tidak berbincang secara profesional dengan pihak Asia Pro Consultancy sdn bhd tidak akan menyelesaikan masalah. Surat perjanjian itu bukan palsu. Sebagai YB, masalah ini YB harus mengambil berat, Kerana Hutang dalam ajaran islam amat dititik beratkan. #tiktok #asiaproconsultancy #Foryoupage #debtcollector #asiaproconsultancysdnbhd

♬ original sound – AsiaProConsultancy – AsiaProConsultancy

BACA JUGA Tarif elektrik baharu: MP Pas jelas menipu rakyat