‘Jangan campuri urusan Iran!’, rakyat AS bertempik marahkan Trump

Ribuan rakyat Amerika Syarikat (AS) bertempik protes turun ke jalan raya membantah penglibatan ketenteraan di Iran.

Para penunjuk perasaan menjangkakan jumlah mereka akan meningkat sepanjang minggu ini melibatkan pelbagai komuniti di seluruh negara, lapor USA Today.

Protes terhadap penglibatan ketenteraan AS di Iran antaranya di New York, Boston, San Francisco dan di luar Rumah Putih.

Aksi masyarakat sivil itu susulan arahan Presiden AS, Donald Trump untuk melancarkan serangan ke atas tiga fasiliti nuklear di Iran.

“Trump sedang melancarkan perang di dalam negara terhadap komuniti imigran dan kelas pekerja, serta perang di luar negara terhadap rakyat Iran dan seluruh Timur Tengah.

“Rakyat Los Angeles mahu wang untuk pekerjaan dan pendidikan, bukan untuk perang dan pengusiran!” demikian menurut hantaran Parti Sosialisme dan Pembebasan di platform X.

Unjuk rasa itu sebahagiannya dianjurkan oleh gabungan anti-perang, ‘Act Now to Stop War and End Racism’ (ANSWER) yang menuntut Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menghentikan perang ke atas Iran.

Semalam, Trump secara angkuh memberitahu tindakan tentera AS melancarkan apa yang dianggapnya sebagai ‘serangan yang sangat berjaya’ ke atas tiga tapak nuklear Iran di Fordo, Natanz dan Isfahan.

Untuk rekod, tapak Fordow yang terletak jauh di kawasan pergunungan utara Iran terkenal sebagai lokasi simpanan kepala peledak’ canggih untuk pengayaan uranium tahap tinggi.

Lokasi itu dipercayai hanya boleh dimusnahkan menggunakan bom penembus bunker milik AS.

Menurut media tempatan, ketiga-tiga fasiliti tersebut sudah pun dikosongkan sebelum serangan berlaku.

Keputusan Trump mengheret AS untuk menyertai rakan baiknya, menyerang Iran atas dalih menghentikan program nuklear di republik Islam itu dihujani kecaman warga dunia termasuk rakyatnya sendiri.

Banyak pihak bimbang kemungkinan konflik berskala lebih besar akan tercetus di rantau Asia Barat, di tengah-tengah peningkatan tindakan ketenteraan oleh AS dan Israel terhadap Iran.

BACA JUGA Padah maki PM, Agong dan KPN baharu, lelaki ini dapat ‘habuan’ empat hari