Padah maki PM, Agong dan KPN baharu, lelaki ini dapat ‘habuan’ empat hari
Padah membuat hantaran menggunakan kata-kata kesat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang lelaki direman selama empat hari.
Dia ditahan di Shah Alam pada 21 Jun lalu untuk siasatan lanjut oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sebanyak 10 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung hantaran keterlaluan itu dengan laporan pertama di Temoh, Tapah.
“Difahamkan, pasukan siasatan telah merakam keterangannya dan suspek kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya, lapor Kosmo.
Terdahulu, tular tangkap layar hantaran seorang pengguna Facebook ‘nxzmi.osmxn_’ yang mencaci maki pelantikan Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara susulan kesalahan infografik Sinar Harian.
Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan turut melampau apabila mengeluarkan perkataan mencarut terhadap Sultan Ibrahim dan Anwar lantaran menganggap pelantikan Khalid sebagai lantikan politik.
BACA JUGA ‘Sudah 38 tahun bersama PDRM…’