Pemuda PKR Selayang terbubar? Ini penjelasan SUA
Dakwaan bahawa Pemuda PKR Selayang terbubar adalah tidak benar.
Ini kerana sesebuah jawatankuasa hanya akan terbubar jika dua pertiga atau 18 daripada 26 ahli jawatankuasa meletak jawatan.
“Jumlah keseluruhan ahli dipilih ialah 18 orang dan lapan lagi boleh dilantik menjadikan maksimum 26 orang. Untuk mencapai ambang dua pertiga, sekurang-kurangnya 18 orang perlu letak jawatan.
“Pada mulanya, 17 orang letak jawatan, kemudian tiga tarik balik, diikuti seorang lagi. Jumlah terkini letak jawatan ialah 13,” katanya, lapor FMT.
Terdahulu, seorang bekas pemimpin Pemuda PKR Selayang mendakwa sayap itu telah lumpuh susulan peletakan jawatan ahli jawankuasa sayap itu secara beramai-ramai.
Bekas Timbalan Ketua Pemuda Amir Sahmat mendakwa 17 ahli telah menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 7 Mei dialamatkan kepada Fuziah dan Setiausaha Pemuda PKR Omar Mokhtar A Manap.
Tiga menarik diri dari keputusan tersebut.
Jumlah mereka meletak jawatan tidak mencukupi untuk menyokong dakwaan pembubaran, dan proses seperti yang digariskan dalam perlembagaan parti mesti dipatuhi, kata Fuziah.
BACA JUGA: ‘Sudah 38 tahun bersama PDRM…’