Tujuh kenyataan ‘sakit’ Presiden Pas terhadap Kerajaan MADANI

Oleh KAMAL JAMAL

  1. Mendakwa wujudnya usaha untuk memurtadkan orang Islam

Genap seminggu sambutan Aidilfitri lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghasut rakyat apabila mendakwa wujudnya usaha untuk meminggirkan dan melemahkan kedudukan Islam serta memurtadkan orang Islam.

  1. Menganggap Kerajaan Perpaduan didominasi kumpulan liberal

Dalam bulan Ramadan lepas pula, Hadi menganggap Kerajaan Perpaduan didominasi kumpulan liberal yang melakukan penentangan terhadap Islam dan umat serta melemahkan kehebatan Islam.

  1. Memfitnah kerajaan kononnya mengkhianati konsep Raja Berperlembagaan

Hadi pada 7 Januari lalu memfitnah kerajaan “yang didominasi oleh DAP” kononnya sudah mengoyakkan ‘topeng’ Raja Berperlembagaan berhubung isu titah tambahan (adendum) melibatkan Najib Razak.

Abdul Hadi Awang
  1. Menuduh kerajaan Madani “menuju ke arah menghapuskan Islam”

Dalam ceramah di Kemaman pada Oktober 2024, Hadi menyatakan kerajaan PH “nak menghapuskan Islam adalah agama negara” serta “berurus niaga dengan BlackRock perniagaan orang Yahudi”.

  1. Mengeluarkan kenyataan tidak beradab dengan Raja-Raja Melayu

Hadi disifatkan Sultan Selangor tidak beradab apabila mengeluarkan kenyataan sinis pada 20 Februari 2024 dengan menulis, “Raja-Raja supaya berwawasan akhirat dengan bijaksana memandang ke akhirat sana, bukan memandang kepentingan dunia di sini sahaja”.

  1. Melampau menyamakan kerajaan Malaysia dengan kerajaan Israel

Presiden Pas menyemai kebencian masyarakat beragama Islam apabila menyamakan Pakatan Harapan (PH) seperti orang munafik ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan mengaitkan kerajaan dengan Israel pada Disember 2023 menerusi tulisannya, “Cara Orang Munafiq Menentang Islam Diikuti Israel dan PH“.

  1. Menyifatkan golongan bukan Islam “bahaya” kepada negara

Menerusi tulisan pada Jun 2023, Hadi menyifatkan politik dikuasai dan dipengaruhi oleh pengaruh bukan Islam yang ‘membahayakan negara’.

BACA JUGA Isteri Premier Sarawak meninggal dunia