Kelakar lihat penyokong Pas usung ‘kereta kebal’
Tular rakaman video memaparkan sekumpulan penyokong Pas dilihat bersungguh-sungguh mengusung replika kereta kebal.
Menerusi perkongsian Muhammad Asraf Jaafar di TikTok, kira-kira 50 lelaki muda dan berusia memikul replika kenderaan tentera itu ketika menempuh jalan yang dilatari deretan bendera Pas.
Menjengah ke ruangan komentar, ramai meluahkan rasa lucu melihatkan gelagat kelakar penyokong Pas yang dianggap melakukan perkara tidak bijak.
Reaksi sama dilontarkan pemerhati politik, Norman Radzuan yang tertanya-tanya tujuan sebenar penyokong Pas membina replika kereta kebal.
“Nak kata kereta kebal ini nak pergi berjuang ke Palestin tak masuk akal juga sebab orang Melayu mana tahu buat enjin.
“Kereta kebal ini untuk dalamnya boleh buat pejabat markas Pas pun tidak juga.
“Saya kadang-kadang tertanya-tanya apa yang terfikir di benak fikiran mereka membina pelbagai replika sebelum ini.
“Bila pemimpin kata isi minyak motor pakai diesel mereka tak menyanggah, saya rasa mereka ini dah level ‘sembah’ pemimpin,” kata Norman lagi yang mengakui ketawa selepas beberapa kali menonton klip rakaman video itu.
BACA JUGA Henti serang Iran dan Palestin syarat damai dengan Israel