Di sebalik aksi bakar karikatur PM

Oleh LIYANA MARZUKI

Baru-baru ini ada insiden demonstrasi. Siap bakar karikatur Perdana Menteri lagi.

Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) marah kerana isu rasuah di Sabah.

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah tahan dua ADUN setakat ini, mereka tidak puas hati. PM yang mereka maki. Laungan protesnya Reformati!

Teringat cerita Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dulu-dulu. Wira orang muda pasca pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Insiden terkenal pertama dia adalah menurunkan gambar Najib Razak di PWTC (kini WTC) yang ketika itu Perdana Menteri, hingga dikenakan gantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Terbaca juga cerita PM Anwar sendiri. Zaman 70-an bakar buku PM pertama, Tunku Abdul Rahman. Berdemonstrasi saban bulan hingga kena Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) jua.

Sekarang, saya nampak lawannya guna playbook yang sama.

Demonstrasi oleh pembangkang saban bulan. Walaupun sendu mereka teruskan. Sekarang ada yang dalam diam guna mahasiswa. Playbook serupa dengan Adam Adli dulu, walaupun pemainnya berlainan.

Tunggu melantun

PMX tidak respon sangat. Ramai tunggu dia melantun dan membalas. Saya percaya, dia tahu itu akan memakan diri.

Makanya, ramai tahu, dia akan bıarkan saja. Siap kata mahasiswa itu tidak perlu dibuang pengajian universiti. Mungkin dalam hati berkata, “biasalah darah muda”.

Chickens come home to roost”. Tak boleh buat apa.

Tiba-tiba Ketua Pemuda UMNO setuju berdebat dengan mahasiswa “Adam Adli 2.0”. Tindakan yang tidak begitu bijak.

Menang pun malu sebab level tidak sama, kalah lagikan pula. Dia sebenarnya beri apa yang mahasiswa itu mahu. Exposure.

Cukup senang nak terkenal dengan bakar-bakar dan cakap kasar, tunjuk berani matı ala tentera. Namun, hujungnya adakah objektif tercapai?

Sama ada ia suatu batu loncatan letak nama anda atas peta, atau benar ikhlas perjuangkan isu yang dibawa. Tidak kisahlah ganjaran pada hari muka.

History is the best teacher. Dalam sejarah, pemimpin yang hebat bukan guna kekerasan untuk mencapai matlamat.

Lihatlah mogok lapar Mahatma Gandhi. Atau sanggup kena penjara kerana melawan apartheid, seperti Nelson Mandela.

Rasullullah SAW pun sama, walau dihina dan dicerca. Dilempar najis juga, soft diplomacy yang diguna. Tidak pula Baginda minta kita membakar-bakar benda.

A different kind of power”, kata Jacinda Arden, ialah melalui “kindness”.

Pemimpin hebat gunakan kebaikan untuk melebarkan pengaruh dan kuasa.

Namun, jika mula-mula dah guna kekerasan untuk mendapat nama, selalunya tidak bertahan lama. Cepat naik cepatlah jatuhnya. Kita tengokkan saja.

BACA JUGA Kelakar lihat penyokong Pas usung ‘kereta kebal’