Kenyataan perkauman menantu Hadi dikecam, tidak boleh terima hakikat kita berbilang bangsa

Menantu pemimpin Pas Tan Sri Hadi Awang, Zaharuddin Muhammad telah dikecam oleh banyak pihak kerana bersifat perkauman dan tidak menerima hakikat Malaysia berbilang bangsa.

MP Bangi Syahredzan Johan berkata pelantikan Datuk Johnny Lim Eng Seng ialah sesuatu yang perlu dibanggakan dan bukannya djadikan polemic perpecahan kaum.

“Bukankah beliau juga anak Malaysia?

“Penghormatan yang diberikan kepada Datuk Johnny Lim Eng Seng sepatutnya menjadi kebanggaan buat kita semua, mengajar kita tentang perpaduan dalam kepelbagaian.

“Malangnya, ia dijadikan bahan polemik perpecahan seperti ini yang hanya akan memecahbelahkan masyarakat.

“Saya tidak tahu sama ada Ustaz Zaharuddin Muhammad masih ada jawatan dengan PAS, namun semua pihak harus mengecam sekeras-kerasnya kenyataan ini.

“Politik dan polemik seperti ini tidak harus diberi ruang dalam Malaysia yang kita cintai.

Zaharuddin dalam satu hantaran Facebook semalam memberikan gambaran bahawa seorang Cina akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa hadapan.

Ibu bapa Cina tersebut dikatakan mendapat kerakyatan melalui skim Make Malaysia My Second Home.

Ia dibuat dengan tangkap layar laporan bahawa Datuk Johnny Lim Eng Seng ialah Leftenan Jeneral berbangsa Cina pertama di Malaysia.

Netizen Norhayati Berahim pula menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap Zaharuddin.

“…Kenapa mereka dipanggil pendatang

“Tindakan tegas perlu diambil kepada pemecah belah ini dan si penulis status..”

BACA JUGA: Kelakar lihat penyokong Pas usung ‘kereta kebal’