Trump ubah pendirian tentang sesuatu di Iran

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang sebelum ini mahukan perubahan rejim di Iran telah mengubah pendiriannya

“Saya tidak mahukannya. Saya mahu melihat semuanya tenang kembali secepat mungkin,” kata Trump kepada media sebelum bertolak ke siding kemuncak NATO di The Hague, Belanda.

Perubahan rejim melibatkan huru-hara dan kita sebolehnya tidak mahu melihat banyak huru-hara.

Ide perubahan rejim diusulkan oleh Trump menerusi media sosial meskipun pentadbirannya hanya mahu mengebom Fordow, Nadantz dan Esfahan yang terdiri dari tempat penyelidikan dan pengayaan nuclear.

“Kalau rejim Israel tidak berupaya “make Iran Great Again”, kenapa tidak ubah rejim??” soalnya di media sosial.

“Make Iran Great Again” ialah cogan kata yang direka Trump berdasarkan cogan katanya “Make America Great Again” ketika berkempen untuk pemilihan presiden.

BACA JUGA: Henti serang Iran dan Palestin syarat damai dengan Israel