Menteri Kewangan II Amir Hamzah diberi tugas Menteri Ekonomi baharu

Jemaah Menteri bersetuju melantik Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan sebentar tadi.

“Perdana Menteri telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada 25 Jun bahawa beliau telah bersetuju supaya Amir Hamzah menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Beliau berkata, tugas utama Amir ketika ini adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai.

Ia termasuklah dengan mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh Kementerian-kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri.

Pemakluman terbaru ini sekaligus menokhtahkan spekulasi rombakan Kabinet.

Rafizi Ramli telah meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi berkuatkuasa 17 Jun lalu.

BACA JUGA Akhirnya terbongkar, senarai syarikat lori & bas bertimbun saman, didedah Menteri Pengangkutan