Pembunuhan Maniishapriet: Dua digantung oleh universiti

Dua pelajar yang merupakan suspek pembunuhan Maniishapriet Kaur Akhara telah digantung pengajian mereka oleh Universiti Cyberjaya.

Penggantungan ini berkuatkuasa mulai semalam, Jumaat.

Pihak Universiti berkata bahawa penggantungan ini adalah selaras dengan dasar tidak berkompromi terhadap ancaman keselamatan.

Dua Wanita dan seorang lelaki, berumur 19 dan 20 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari.

Mereka ditahan di Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan dan disiasat di Bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Maniishapriet, 20 seorang pelajar Sarjana Muda Fisioterapi dari Kuching ditemui mati di penginapan luar kampus pada hari pagi Selasa.

Pihak polis mengesahkan bahawa mangsa mengalami kecederaan kepala.

Ekoran daripada kejadian ini, pihak universiti turut meningkatkan tahap keselamatan di kawasan penginapan luar kampus.

BACA JUGA: Polis sahkan pelajar universiti di Cyberjaya mati dibunuh, tiada unsur rogol