Talak satu atau talak tiga? Pilihan untuk MCA
Persoalan timbul sama ada MCA akan bercerai talak tiga atau talak satu dengan kerajaan di peringkat persekutuan.
Ini kerana MCA sebahagian daripada barisan penyokong kerajaan namun seringkali mengkritik dasar-dasar kerajaan.
Semalam mantan naib presidennya, Datuk Ti Lian Ker menggesa partinya agar bercuti dan menjauhkan diri daripada kerajaan Madani.
Beliau turut mengkritik presiden Datuk Seri Wee Ka Siong yang dilaporkan berkata keputusan berkenaan masa depan parti akan dibuat semasa mesyuarat agung tahunan.
Apa yang kita perlukan ialah keputusan pantas dan tepat, bukan reaksi dan strategi melengahkan masa untuk peluang kerana ini menunjukkan kelemahan kepimpinan.
Mengapa susah sangat? MCA boleh bercuti dan menjauhkan diri daripada kerajaan yang semakin tidak mesra rakyat dan tidak popular.
Daripada mengkritik kerajaan Madani saban hari, kenapa tidak kedua – dua MP MCA bercuti daripada kerajaan dan pada waktu sama kekal dalam BN?” kata Ti dalam satu kenyataan.
MCA sekarang mempunyai dua ahli parlimen – Datuk Seri Ir Wee Ka Siong mewakili Ayer Hitam manakala Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mewakili Tanjung Piai.
BACA JUGA: Akhirnya Kedah Agro ‘diselamatkan’ oleh…