‘Negeri ni orang dah ambil’, ini sebabnya ceramah Sanusi kembali tular

Tular kembali sedutan ceramah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan China baru-baru ini.

“Negeri ni orang dah ambil dah,” katanya dalam ceramah kempen Perikatan Nasioanal (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023.

Reaksi sinis warganet itu dilihat membanjiri media sosial selepas dilaporkan sebanyak 3,000 ekar tanah di Kuala Kedah telah dikenal pasti untuk pembangunan ekonomi marin dengan pelabur dari China.

Terdahulu, Exco Industri, Pelaburan dan Pengajian Tinggi Negeri, Dr Haim Hilman Abdullah dilapor berkata, Langkawi turut dikenal pasti sebagai lokasi utama bagi sektor akuakultur.

Dalam masa sama, Haim yang juga ADUN Haim turut mencadangkan hubungan wilayah berkembar antara Kedah dan Fujian bagi mengukuhkan kerjasama jangka panjang secara lebih tersusun.

@haim_hilman

Hari ini saya mewakili Kerajaan Negeri Kedah dalam satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ausin 18 Sdn. Bhd., institusi dari Wilayah Fujian, China dan Kedah Agro Ausin Berhad. Majlis ini turut disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Encik Lin Ruiliang, Timbalan Gabenor Wilayah Fujian. Lawatan rasmi Timbalan Gabenor Wilayah Fujian ini telah membuka lembaran baharu dalam hubungan diplomatik antara Kedah dan Fujian, malah memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor ekonomi maritim, teknologi hijau, logistik sejuk beku dan pendidikan vokasional. Empat MoU yang dimeterai hari ini merangkumi bidang penyelidikan, pembangunan bot perikanan elektrik, pengangkutan rantaian sejuk, reka bentuk pelabuhan laut dalam dan pertukaran ilmu maritim antara institusi pendidikan. Kerjasama ini membuktikan keyakinan berterusan pelabur China terhadap kekuatan ekonomi Kedah dan ini juga satu petanda bahawa agenda The Greater Kedah sedang melangkah dengan yakin ke hadapan. Di bawah agenda ini, Kedah bukan sekadar menerima pelaburan, tetapi membina rantaian industri moden yang lestari, berdaya saing dan memberi manfaat langsung kepada rakyat melalui peluang pekerjaan, pembangunan bakat dan pemindahan teknologi. Kedah akan terus memastikan pelaburan ini bergerak lancar dan memberi pulangan tinggi kepada negeri. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kerjasama ini. Kedah sedang mara ke hadapan sebagai pemacu pertumbuhan serantau yang pintar, mampan dan inklusif. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan utama dari kedua-dua pihak. Dari Malaysia, turut hadir Yang Berhormat Tuan Haji Dzowahir Bin Haji Ab. Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan; En. Zafir Annuar Bin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI); Dato’ Armishah Siraj, Pengerusi Kedah Agro Holding Berhad; Dato’ Sri Ooi Boon Seang, Pengerusi Kedah Agro Ausin Berhad; dan Mr. Noor Ikhsan Bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Berhad. Delegasi dari Wilayah Fujian pula diketuai oleh His Excellency Mr. Lin Ruiliang, Timbalan Gabenor Wilayah Fujian, bersama Mr. Yan Zhihuang, Ketua Pengarah Biro Lautan dan Perikanan Wilayah Fujian; Mr. Zheng Limin, Timbalan Datuk Bandar Zhangzhou; Mr. Sun Xinyang, Timbalan Pengarah Pejabat Am Kerajaan Wilayah Fujian; dan Mr. Lin Lei, Pegawai Kanan Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Wilayah Fujian. 26 Jun 2025

♬ original sound – Haim Hilman – Haim Hilman

BACA JUGA Lagi vokalis kumpulan popular sertai AMANAH