Pakistan digegar gempa bumi magnitud 5.3 gegar
Kawasan tengah Pakistan mengalami gempa bumi bermagnitud 5.3 menggegarkan hari ini, menurut Hindustan Times memetik laporan Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Gempa bumi dengan kedalaman 149 km di barat bandar Multan itu berlaku sekitar jam 3.54 pagi (waktu IST) iaitu 6.54 pagi tadi waktu Malaysia.
Tiada laporan setakat ini mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan akibat gempa tersebut.
Gegaran seismik merupakan kejadian yang kerap berlaku di Pakistan memandangkan negara itu terletak di sempadan pertemuan antara plat tektonik India dan Eurasia.
BACA JUGA Lagi vokalis kumpulan popular sertai AMANAH