Rakyat dapat lihat impak besar ekonomi negara penghujung 2026

Oleh NORMAN RADZUAN

Mereka yang atas pagar perlu berfikiran positif. Ingat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Malaysia ketika hutang negara mencecah RM 1.5 trilion.

Hutang 1MDB sahaja lebih RM 40 bilion. Pendek kata, PMX dapat jadi ketua negara ketika negara kita sedang tenat.

PMX hanya ingin perbaiki kerosakan dilakukan pemimpim sebelum ini.

PMX komited pastikan negara ini maju dan makmur demi manfaat rakyat.

Perlu diingatkan juga apa yang PMX lakukan bukan beliau mahu curi duit rakyat, malah dia melawan rasuah habis-habisan. Niatnya satu, bagaimana nak selamatkan negara ini.

Menjelang penghujung 2026 nanti, percayalah anda yang selama hari ini terpengaruh dengan dakyah pembangkang akan akui apa yang dilakukan PMX ini demi kebaikan negara dan rakyat terutama golongan miskin.

Naratif pembangkang

Saya beri penerangan pendek dan mudah difahami. Mungkin anda berserabut bila pembangkang mainkan naratif kononnya kerajaan sekarang ini hanya tahu mengenakan cukai kepada rakyat.

Tidak cukai hanya SST sahaja dan ia bukan kepada rakyat keseluruhannya. Adalah sangat lekeh apabila kita mudah dibodohkan pembangkang, kononnya jolok mesin ATM kena cukai SST 8%. Tolonglah jangan biar otak kita diperhambakan.

Ingat mereka yang bising hingga anda termakan hasutan mereka ialah mereka yang mula takut apabila LHDN mula ‘ganggu’. Selama hari ini guna orang politik elak bayar cukai. SPRM cari mereka sebab selama hari ini orang politik ganggu tugasan SPRM.

Mereka yang kecewa apabila kartel sudah terputus dan tidak boleh melobi lagi. Mereka yang tidak dapat tender kerajaan, yang tiada jawatan politik dan sebagainya.

Matematiknya mudah. Jika benarlah mereka lebih baik daripada PMX, tidaklah hutang negara sehingga RM 1.5 trilion.

Anda bayangkan jika wang sebanyak itu tidak disalah gunakan. Setiap negeri akan ada bandar sehebat Putrajaya, setiap daerah akan ada hospital, gaji doktor kerajaan tentulah lebih RM 5,000 dan pelbagai perkara lagi dapat dinikmati rakyat.

BACA JUGA ‘Negeri ni orang dah ambil’, ini sebabnya ceramah Sanusi kembali tular