Skandal rasuah lesen cari gali Sabah: Dua ADUN, ahli perniagaan akan didakwa esok

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu, akan didakwa esok.

Ketiga-tiga mereka akan dituduh mengikut Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM.

Terdahulu, dilaporkan dua ADUN terbabit masing-masing berstatus Pembantu Menteri dalam jemaah Kabinet Sabah dan ADUN biasa.

Selain mereka, seorang individu awam yang dikenal pasti sebagai pemberi maklumat dikenali sebagai Albert Tei turut akan didakwa oleh SPRM esok.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.

SPRM kemudiannya membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti itu.

BACA JUGA Peliknya pangkat ‘Jeneral’ dalam Jabatan Amal, patut hanya ATM layak guna