Saya elak hubungi mana-mana hakim kanan, kecuali Ketua Hakim Negara untuk hal rasmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menghubungi mana-mana hakim kanan, sebagai menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman.
Menurutnya, sepanjang pentadbiran beliau, hubungan yang ada hanyalah dengan Ketua Hakim Negara, itu pun bagi tujuan perbincangan rasmi dan bukan campur tangan dalam urusan penghakiman.
“Dalam badan kehakiman ia perlu bebas. Sebab itu saya elak daripada menghubungi mana-mana hakim kanan melainkan Ketua Hakim Negara untuk berbincang.
“…dan saya ucapkan terima kasih kerana selama ini hubungan secara peribadi dan perbincangan itu baik. Tafsiran di luar itu soal lain.
“Bagi saya, isu-isu yang dibangkitkan saya dengar. Dan dalam semua perjumpaan itu saya tak pernah campur dalam isu penghakiman. Apa yang dia nak putus itu keputusan mereka. Kita tak pernah campur. Tapi itu pun dipolitikkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Anwar berkata, beliau tidak terpengaruh dengan sebarang tekanan atau lobi daripada mana-mana pihak termasuk kumpulan elit, pertubuhan Islam mahupun mana-mana kelompok politik.
BACA JUGA ‘Kalau disambung kata khianat, tak disambung pun kata khianat’ – PM