Ulama Pas Terengganu meninggal dunia

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Terengganu, Hamzah Ngah kembali ke rahmatullah pada jam 4.43 pagi tadi.

Bekas Exco Dewan Pemuda Pas negeri itu juga merupakan pengajar di Ma’had Darul Quran, Rusila.

Hamzah Ngah

Khabar mengenai Allahyarham dimaklumkan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menerusi Facebook.

“Beliau juga dikenali sebagai seorang murabbi yang sangat berdedikasi, khususnya dalam membentuk para pelajar melalui program Jurubina Tajnid,” katanya.

Difahamkan, solat jenazah kali pertama telah diimamkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, manakala solat kedua pula dipimpin penceramah, Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus memimpin solat jenazah buat kali kedua.

BACA JUGA PM tegur mahasiswa buat dakwaan tak betul tentang tarif elektrik, SST