Ahli parlimen bakal didakwa kerana sokong pembebasan tahanan Palestin

Jawatankuasa Knesset telah mengesyorkan pendakwaan ahli parlimen MK Ayman Odeh yang merupakan pengerusi Parti Hadash-Ta’al kerana menyokong pembebasan tahanan Palestin dalam usaha mendapatkan semula tawanan yang ditangkap oleh Hamas.

Knesset di Israel bersamaan dengan Dewan Rakyat di Malaysia.

Hadash-Ta’al ialah parti berhaluan kiri majoriti Arab dalam blok pembangkang.

Keputusan jawatankuasa tersebut ialah 14 menyokong dan dua menentang pelucutan tersebut.

Usul ini akan dibawa kepada dewan Knesset di mana 90 ahli parlimen perlu menentukan nasib Odeh.

Avichai Boaran seorang anggota dari Parti Likud yang membuat usul pelucutan tersebut mendakwa Odeh ialah seorang ‘penyokong keganasan’.

Pengerusi jawatankuasa Knesset Ofir Katz pula berkata bahawa Odeh wajar dipenjarakan dan sepatutnya menunggu nasibnya di penjara.

Sementara itu Odeh menyelar tindakan parti pembangkang lain yang turut sama menyokong usul ke atasnya.

Henti serang Iran dan Palestin syarat damai dengan Israel