Berita baik Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 boleh ditebus hari ini

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan penrbusan Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 boleh dibuat mulai hari ini hingga 30 September 2025.

Baucar tersebut boleh ditebus oleh semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Bagi tujuan penebusan, PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025.

Inisiatif Baucar Buku Guru MADANI yang memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP di bawah KPM telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

la adalah hadiah ilmu bagi golongan pendidik bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

BACA JUGA SKMM rakam keterangan pemimpin Pas muat naik kandungan jelik berunsur perkauman