Ini dia jumlah kerusi DUN yang mahu ditandingi PH di dalam PRN Sabah
Pakatan Harapan mahu bertanding di 34 kerusi DUN di dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
“Bilangan DUN yang mahu ditandingi sudahpun dinyatakan kepada BN dan GRS,” kata ketua penerangan UPKO Peter Nainthin kepada Harapan Daily.
“Jumlah tersebut termasuklah sembilan kerusi di mana penyandangnya Adun PH, termasuk DUN Kedamaian,” tambahnya.
Terdapat 73 kerusi DUN di Sabah. UPKO pula ialah satu-satunya parti tempatan di dalam PH.
Kedamaian ialah satu-satunya kerusi yang diwakili oleh presiden UPKO Datuk Ewon Benedick. Beliau Adun selama dua penggal.
Ewon juga Ahli Parlimen Penampang dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sebelum ini Harapan Daily telah melaporkan bahawa UPKO mengintai sejumlah 16 kerusi untuk ditandingi di dalam pilihan raya kali ini.
BACA JUGA: UPKO to defend Kedamaian, eyes more seats than previous outing