Nik Amar lawan Tuan Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden Pas?

Syam Ghaz

Sebaik sahaja Datuk Nik Amar menyatakan hasrat bertanding jawatan timbalan presiden Pas, Menteri Besar Kelantan Dato Nassruddin Daud keluarkan poster Terima Kasih PMX.

Untuk info, nama Nik Amar sebelum PRU15 dijaja untuk dinaikan sebagai MB Kelantan, tapi last minute naik Mohd Nassuruddin Haji Daud dan Nik Amar cuma dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri sahaja.

Sejak dari situ krisis dalaman Pas merebak, makin parah hingga Nik Amar nak lawan Timbalan Presiden.

Signal jelas nak lawan (Tan Sri) Hadi Awang dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, tapi tidak mampu hanya target Timbalan.

Apapun kita tengok bulan Oktober ni, adakah Hadi Awang akan turun kerusi Presiden dan bagi ruang kepada Datuk Seri Ahmd Samsuri Mokhtar ataupun Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, atas faktor kesihatan dan mungkin dilantik Mursyidul Am ataupun kekal Presiden.

Bulan Oktober ni, kita boleh lihat dua kelompok. Satu kelompok nak kekal dengan Bersatu, satu kelompok lagi nak bersama Kerajaan Perpaduan.

Bab ni memang bijak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berpolitik, seninya sangat halus.

Dia baik dengan semua orang yang ingin berbaik dengannya, walaupun seorang itu pernah panggil dia “pengat taik”, sifat pemaaf, lunak dan tidak diskriminasi Negeri Kelantan satu kelebihan Anwar!

Nassuruddin tersenyum, Sanusi melopong!

BACA JUGA: Bekas Adun cabar Wan Fayhsal tunjuk hospital mana habis ubat, sekolah nak roboh