Pasport Dalila Zaidi dicuri di Itali, ini reaksi PM Anwar
Dalila Zaidi seorang rakyat Malaysia yang kini terkandas di Milan, Itali selepas pasport beliau dicuri pada petang 30 Jun lalu berhampiran stesen Santa Sofia.
Beliau yang meminta pertolongan Perdana Menteri menerusi aplikasi X untuk menyelesaikan isu dihadapi kemudiannya mendapat respon Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri malam tadi telah mengarahkan Kedutaan Malaysia di Itali untuk mengambil tindakan segera membantu Dalila.
Menerusi ciapan balas kepada Dalila, Anwar berkata, beliau juga memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Luar untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil.
Terdahulu, Dalila sudah berusaha mendapatkan Sijil Perjalanan Kecemasan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Rom.
Walau bagaimanapun, dia dimaklumkan urusan terbabit tidak dapat dilaksanakan susulan ketiadaan pegawai untuk menandatangani dokumen yang diperlukan.
Menurutnya, ketiadaan pegawai bagi menguruskan permohonan itu juga difahamkan berkait dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Itali bermula semalam.
BACA JUGA Duit SARA Julai dah masuk, penerima akui harga beras turun