Ada peniaga di Kelantan ‘menggelupur’ salahkan ‘nuar brehen’ selepas harga ais di Johor naik

Beberapa peniaga minuman malah pengusaha chalet di Kelantan dilihat ‘menggelupur’ menyalahkan ‘nuar brehen’ difahamkan merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pengumuman sebuah kilang di Johor menaikkan harga ais blok.

Antaranya, pengguna Facebook yang dikenali sebagai ‘Azilah Tokey Minyak’ dari Gua Musang, Kelantan yang juga pemilik tapak perkhemahan.

“Saya umumkan harga chalet dan harga air minuman akan naik kerana elektrik naik harga dan air batu naik harga.

“Kalau nak marah cl mugo nuar brehen jangan nuar (?) kaklah,” tulisnya yang dikenal sebagai Kak Lah dalam loghat Kelantan.

Hantaran Kak Lah itu meraih hampir 1,000 tanda suka setakat ini dengan rata-ratanya mengecam Perdana Menteri, termasuk antaranya memberi respon, “Payah mapus jenis manusia busuk hati jahat…”.

Seorang peniaga dari Pasir Puteh, Azmatun Aziz pula memberitahu, dia “terpaksa” akan menaikkan harga minuman juga jika bekalan air diperolehnya naik harga.

Namun, Azmatun mengakui setakat semalam, dia tidak belum lagi mendapat maklumat mengenai kenaikan harga ais daripada pembekalnya, ‘Nazri Ais’ walaupun sebelum ini ada mendengar kemungkinan berlaku kenaikan harga air batu.

Reaksi pembangkang termasuk di Kelantan susulan pengumuman kenaikan harga ais oleh sebuah syarikat di Johor itu turut mengundang sindiran penyokong Kerajaan Madani.

“Susahlah bos, kita terpaksa naikkan harga ABC, sebab ais blok dah naik harga.

“Ni syarikat Sim Yang Hok di Batu Pahat dah keluarkan notis, ais ABC naik RM6. Nak buat macam mana bos?

“Kau niaga di mana? Kelantan… bos.. aku jeling je,” perli Raja Mohd Shahrim.

Terdahulu, tular memo daripada syarikat ais, Sim Yang Hok beralamat di Tongkah Pechah, Batu Pahat di Johor mengumumkan kenaikan kadar harga produk ais keluaran kilang itu bermula 1 Julai.

Menurut memo itu, harga jualan bagi satu pek blok ais atau ‘ais ABC’ adalah RM6.

Bagaimanapun, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menambah ungkapan bertulisan merah “Ais Harga Asal RM3.70, 1 Julai RM6” yang kemudian dinafikan oleh syarikat terbabit.

Susulan penyebaran notis yang telah diedit dengan tulisan merah itu, wujud sesetengah peniaga di Kelantan dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minuman dan makanan jualan mereka.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari merangkap Ketua Penerangan Pas turut berkongsikan notis dengan maklumat salah itu.

“Jika ia (notis) benar, janganlah dibimbangkan kerana menurut kata penyokong PHBN, B40 tidak menggunakan produk ais.

“Jika produk burger naik harga, mereka kata takkanlah makan burger hari-hari. Produk ais naik harga, katakanlah minum ais hari-hari tak baik untuk kesihatan.

“Jom pertahankan cepat. Biar padan dengan elaun yang diberi,” kata Ahmad Fadhli dengan nada sinis.

BACA JUGA Pasport Dalila Zaidi dicuri di Itali, ini reaksi PM Anwar