Bagaimana tanpa projek raksasa, FDI era MADANI boleh melonjak luar biasa?

Oleh ISLAH

Dulu kita percaya hanya projek mega mampu tarik pelaburan asing.

Menara tinggi, jambatan ikonik, taman tema futuristik, semuanya kononnya untuk ‘kemajuan’.

Tapi harga yang kita bayar?

Hutang negara mencecah RM1 trilion.

Faedah sahaja RM53 bilion setahun.

Tapi angka pelaburan langsung asing (FDI) terkini membuktikan sebaliknya.

RM100 bilion pendapatan, RM52 bilion aliran bersih.

Tanpa projek raksasa. Tanpa mega-mega yang membebankan.

Apa yang berubah?

Barangkali keterbukaan. Barangkali kecekapan urus tadbir.

Barangkali kita mula lihat nilai dalam tenaga boleh baharu, semikonduktor bernilai tinggi, bukan sekadar kilang kabel dan konsesi jalan raya.

Pelabur bukan cari janji manis.

Mereka cari sistem yang boleh dipercayai.

Dan kita sebagai rakyat, tak minta banyak.

Cuma mahu negara yang tak terlalu bergantung pada hutang, yang tahu bezakan keperluan dan kemewahan.

Kerana akhirnya, kemajuan bukan soal siapa paling lantang melaung pembangunan,
tetapi siapa yang paling tenang membina masa depan.

BACA JUGA Raih potensi pelaburan RM8.13 bilion ketika pembangkang gelar kerajaan “saya suka travel”