Bekas menantu Ismail Sabri diisytihar bankrap, ini sebabnya

Bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) hari ini.

Datuk Jovian Mandagie yang sebelum ini berkahwin dengan Nina Sabrina Ismail Sabri gagal membayar pinjaman persahabatan (friendly loan) daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan sebanyak RM5.28 juta.

Pereka fesyen berkenaan berhutang kepada Cekap Air RM 5,284,340.66 termasuk faedah setakat 21 Mei tahun lalu.

Jumlah itu perlu dibayar berikutan penghakiman terus oleh Mahkamah Tinggi pada 2 April tahun lalu melalui kes saman utama.

Peguam Siti Nur Athirazatti Rohizad yang mewakili Cekap Air, berkata pihaknya memfailkan Notis Kebankrapan selepas Jovian, 39, gagal mematuhi penghakiman terus yang diputuskan Mahkamah Tinggi.

Penghakiman terus merujuk kepada suatu permohonan yang difailkan oleh pihak yang memulakan tindakan (plaintif) untuk mendapatkan penghakiman daripada mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

BACA JUGA Siapa sangka TLDM pilih nama ini untuk kapal tempur kedua, banyak makna dan sejarahnya