Siapa sangka TLDM pilih nama ini untuk kapal tempur kedua, banyak makna dan sejarahnya
Kapal Tempur Pesisir (LCS) kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini diberikan nama baharu yang sangat menarik.
Disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, kapal berkenaan dinamakan sebagai “Raja Muda Nala”.
Sebagai simbolik pelancaran, satu kendi dilepaskan ke dinding haluan kapal, mengandungi himpunan air daripada sembilan masjid yang mewakili sembilan daerah di Selangor dan telah dibacakan dengan surah Yasin oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor.
Mengenai nama Raja Muda Nala, ia diambil bersempena nama seorang tokoh pejuang tersohor tanah air yang memimpin perjuangan rakyat Selangor menentang penguasaan Belanda di negeri Selangor.
Nama itu ialah simbol keazaman, keberanian dan semangat juang tokoh berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan negeri Selangor.
“Dalam konteks ini, semangat kepahlawanan, perjuangan dan keberanian baginda Raja Muda Nala dilihat amat bertepatan dan selari dengan keupayaan Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia yang direka untuk menghadapi pelbagai bentuk ancaman dalam era peperangan moden,” kata Adly Zahari ketika membacakan teks ucapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
BACA JUGA Mahfuz sanggah dakwaan 1 Julai hari hitam, SST tak akan tekan rakyat marhaen