Lagi kemalangan bas persiaran, dua maut, 16 cedera bertembung lori

Negara digemparkan dengan kes kemalangan maut membabitkan bas persiaran dengan dua buah lori di Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Ayer Hitam, Johor pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Bas membawa 45 penumpang dilaporkan terlibat dalam kemalangan dengan lori tangki dan lori tunda, yang setakat ini mengorbankan dua penumbang bas manakala 16 lain cedera.

Perkara itu dimaklumkan Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Md Isa Masngun dalam satu kenyataan hari ini

“Terdapat dua mangsa iaitu penumpang bas tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala 16 lagi iaitu penumpang dan pemandu bas cedera.

“Sementara 28 penumpang lain selamat dan tidak cedera. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital dengan ambulans dan dibantu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, pemandu lori tangki dan lori tunda selamat.

BACA JUGA Terkini KPKT alu-alukan siasatan, terbuka projek Mykiosk disiasat SPRM