Zaharudin kemuka surat tuntutan, mahu pampasan RM1.5 juta

Yang dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad telah mengemukakan surat tuntutan kepada Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Turut disertakan tuntutan ialah pampasan RM1.5 juta.

Zaharuddin mahu Sim meminta maaf dan menarik balik kenyataannya.

Zaharudin terpalit dengan kontroversi apabila menyertakan gambar Leftenan Jeneral Johnny Lim Eng Seng dengan cerita rekaan bahawa seorang dari kalangan Cina, kelahiran Kampung Sungai Baru akan menjadi perdana Menteri pada masa hadapan.

Turut diceritakan ibu bapa PM berketurunan Cina itu memperoleh kewarganegaraan menerusi program Make Malaysia My Second Home.

Ekoran itu Sim telah menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

BACA JUGA: Nak saman saya kerana pertahankan keharmonian, silakan Zaharuddin