PMX bertemu PM India Narendra Modi di ‘sideline’ BRICS, Malaysia mula main peranan blok baru?
OLEH NAZRI HAMDAN
Masa sidang Kemuncak BRICS dekat Rio de Janeiro, Brazil PMX pun join, bukan sebagai ahli tetap BRICS, tapi sebagai Partner Country.
Walaupun bukan member penuh, Malaysia tetap dijemput atas kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Adakah Malaysia mula main peranan dalam percaturan kuasa baru dunia?
Lagi menarik, PMX bukan datang kosong. Dia dijadualkan jumpa dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, dan pemimpin Ethiopia. Lepas tu ada sesi bersama CEO syarikat pesawat Brazil, Embraer Francisco Gomes Neto.
Embraer pernah join LIMA 2025 kat Langkawi bulan Mei lepas. Mungkin ada follow-up kerjasama aerospace antara Malaysia-Brazil lepas ni.
Turut serta dalam lawatan ni ialah Anthony Loke dan Tengku Zafrul, masing-masing bawa portfolio pengangkutan dan pelaburan. Gabungan ni menunjukkan Malaysia serius nak leverage peluang pelaburan dan teknologi.
Oh ya, PMX juga akan jumpa Dilma Rousseff, bekas Presiden Brazil yang kini ketuai New Development Bank (bank pembangunan BRICS). Strategik betul pertemuan ni sebab NDB boleh jadi sumber dana alternatif luar IMF/World Bank.
Malaysia nampaknya tengah cari laluan baru dalam dunia yang makin berpecah antara blok Barat dan BRICS. Kita belum jadi ahli penuh BRICS, tapi dengan peranan sebagai Partner Country dan pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia mungkin boleh jadi jambatan penting antara Global South dan kuasa-kuasa besar.
BACA JUGA Setpol PM sekolahkan pembangkang, urusan rasmi PM bukan pergi ‘jalan-jalan’