Jepun catat suhu tertinggi baharu hari ini
Jepun mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah iaitu 41.8 darjah Celsius hari ini.
Kerajaan menasihatkan penduduk supaya kekal berada di dalam rumah serta berjanji mengambil langkah untuk mengurangkan kerosakan tanaman padi akibat cuaca ekstrem.
Bacaan di bandar timur Isesaki, wilayah Gunma, telah melepasi rekod terdahulu 41.2 darjah Celsius yang dicatatkan minggu lalu di bandar barat Tamba, wilayah Hyogo, menurut agensi meteorologi negara itu.

Tahun lalu, musim panas Jepun adalah yang paling panas pernah direkodkan, menyamai paras pada tahun 2023, diikuti dengan musim luruh paling panas sejak catatan rekod bermula 126 tahun lalu.
Lapor AFP, minggu lalu di tempat tumpuan pelancong, Kyoto pula, termometer mencatat bacaan 40 darjah celsius.
Ia adalah bacaan kali pertama seumpamanya di mana-mana pos pemerhatian suhu di Jepun dengan yang tertua dibuka pada 1880 dan terbaharu pada 2002.
Ekoran panas melampau, setakat ini, lebih 53,000 orang telah dibawa ke hospital akibat strok haba, menurut Reuters.
Purata suhu di seluruh Jepun terus meningkat selepas mencatat rekod tertinggi pada Julai lalu untuk tahun ketiga berturut-turut.
Sementara itu, wilayah timur laut di sepanjang Laut Jepun pula merekodkan paras hujan yang amat rendah, menimbulkan kebimbangan terhadap hasil tuaian padi.
BACA JUGA Tarif air: ‘Setengah mati kita kena pukul kalau…’