Tarif air: ‘Setengah mati kita kena pukul kalau…’

Perdana Menteri menempelak reaksi berat sebelah berhubung isu kenaikan caj minimum tarif air di empat negeri pembangkang dan penyelarasan subsidi yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan kerajaan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menaikkan caj minimum tarif air bermula 1 Ogos lalu tidak pula menjadi isu.

“Cuba, katakanlah (caj air) dinaikkan oleh Kerajaan Persekutuan, setengah mati kita kena pukul.

“Saya tiada halangan naik, sebab ada keperluan. Sama juga dengan penyelarasan subsidi.

“Tapi mengapa ada double standard?” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan bil elektrik untuk orang kaya berbeza dengan kenaikan tarif air di empat negeri terbabit yang melibatkan golongan berpendapatan rendah (B40).

“Penyelarasan subsidi untuk orang asing, kita naikkan. Untuk rakyat, kita turunkan.

“Bil elektrik untuk orang kaya, kita naikkan. Untuk rakyat, kita turunkan. Mengapa (kerajaan Persekutuan) diserang?

“Padahal, air untuk semua termasuk rakyat dinaikkan, melainkan di Selangor, naik tetapi tidak untuk B40,” kata Anwar lagi.

Untuk rekod, bermula 1 0gos lalu, empat negeri ditadbir pembangkang iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menaikkan caj bulanan minimum tarif air.

Perlis merekodkan kenaikan paling tinggi apabila naik RM1.60 menjadi RM8.80.

Kelantan pula menaikkan caj bulanan minimum kepada RM8 selepas naik RM1.2O.

Tarif minimum air di Kedah yang diterajui Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula kini sudah mencecah RM8.10 apabila naik 60 sen.

Sementara itu, penduduk Terengganu pula dibebani kadar baharu caj bulanan minimum RM6.60 selepas naik 80 sen.

Walau bagaimanapun, pengguna air dengan meter individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh menarik nafas lega apabila caj bulanan minimum kekal pada RM6.50.

Kadar tarif air dinikmati penduduk di Lembah Klang itu sekaligus jauh lebih rendah berbanding Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

@properpaduan_

SIDANG PARLIMEN DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT YANG KE-15 KALAU BIL AIR NAIK DI KERAJAAN PERSEKUTUAN, SETENGAH MATI KENA PUKUL #demipertiwi #malaysiatiktok #rakyatmalaysia #foryou #pmx

♬ original sound – Pro Perpaduan 2.0 – Pro Perpaduan 2.0

BACA JUGA Kelantan pun buat program basmi kemiskinan, tak bercanggah dengan fitrah?