Cadangan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO, apa sudah jadi?

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mengesahkan bahawa tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan berhubung pencalonan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan di Malaysia di peringkat nasional dan UNESCO.

“MOTAC menerusi Jabatan Warisan Negara (JWN) berpandangan bahawa usaha pencalonan Kampung Baru Cina di Malaysia sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO memerlukan kajian lebih mendalam sebelum diangkat bagi tujuan pencalonan.

“Selain itu juga, persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) perlu diperolehi sebelum usaha pencalonan dimulakan.

“Ini kerana perancangan dan pembangunan bagi satu-satu kawasan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dengan penglibatan beberapa agensi lain di peringkat Persekutuan dan Negeri seperti PLANMalaysia, Pejabat Tanah dan Galian serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana pihak PBN dan PBT perlu bersedia untuk mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan oleh pihak UNESCO.”

Beliau menambah bahawa proses pengiktirafan boleh menjangkau tempoh lebih daripada 10 tahun.

JWN pula hanya boleh menjalankan penyelidikan terperinci terhadap uatu Kawasan untuk memastikan cadangan tapak warisan memenuhi kriteria.

Tiong menjelaskan demikian di dalam jawapan bertulis kepada Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan).

Isu Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO mula-mula menjadi isu pada awal tahun 2024.

BACA JUGA: Perihal Kampung Baru Cina dan Kampung Melayu