Qunut nazilah sesama Muslim lambang pemikiran ghuluw Pas
Kenyataan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan mempertahankan penggunaan qunut nazilah sesama Muslim melambangkan pemikiran ghuluw dalam Pas, kata seorang pengguna TikTok, Shahrul Md.
“Inilah pemikiran yang ada dalam Pas. Bacaan qunut nazilah oleh MP Jasin (Zulkfli Ismail) dalam Himpunan Turun Anwar bukan pertama kali.
“Sebelum itu pun sudah dibaca dalam parlimen dan sebelum itu ia dibacakan oleh pemimpin Pas dalam acara-acara berbeza.
“Inilah pemikiran Pas apabila berbeza pandangan, pegangan politik, maka perbezaan itu dihukum seolah-olah perbezaan itu di kalangan orang bukan Islam.
“Dalam konteks kerajaan sekarang, Tuan Ibrahim kata mereka yang zalim dan zalim itu pada pandangan Pas tetapi kezaliman yang Pas itu ialah sebenarnya apa yang dibuat oleh perdana menteri jauh lebih baik berbanding semasa mereka menjadi kerajaan.
“Cuma apabila berbeza pandangan dan kerajaan, apa yang dibuat oleh orang lain, semuanya zalim.
“Saya kira pandangan ini adalah pandangan jumud, ghuluw. Pandangan mereka saja betul walaupun beberapa mufti dan ulama telah meyatakan pandangan bahawa bacaan qunut nazilah sesama orang Muslim diharamkan.”
BACA JUGA: Kes Zara Qairina: Jangan benarkan TikTok jadi pengadil