Sekolah, YIK penyumbang kepada kes Faris hilang bukti
Oleh LIYANA MARZUKI
Saya tidak selesa dengan double standard yang berlaku terutamanya di kalangan geng politik yang menunggang isu.
Ya, kita sokong desakan ke atas pihak MOE dan KDN dalam kes Zara. Jangan lambat bertindak bila nyawa dan maruah pelajar dipertaruhkan.
Tapi apabila kes Wan Ahmad Faris, reaksi sebahagian geng politik dan penyokong mereka seolah-olah mahu lepas tangan.
Mereka salahkan polis semata-mata, seakan-akan lupa ada pihak lain yang lebih besar sahamnya.
Jika kita teliti Nota Keterangan Mahkamah Koroner, jelas sekali:
Sekolah dan Yayasan Islam Kelantan (YIK), agensi kerajaan negeri, menyumbang kepada kes ini hilang bukti.
Dirobohkan tergesa-gesa
Faktanya, dua minggu selepas pembunuhan Faris, tandas tempat mayatnya dijumpai dirobohkan tergesa-gesa.
Alasannya: “penyelenggaraan.”
Keterangan kontraktor di mahkamah mendedahkan:
🔵Arahan datang daripada YIK.
🔵 Pegawai YIK tersebut hadir sendiri ketika tandas dirobohkan.
🔵 Sebab yang diberi? Ada pelajar mereka “bunuh diri,” dan bimbang roh berkeliaran, maka tempat kejadian mesti dihapuskan.
Alasan ini tidak masuk akal.
♦️ Apa jenis pentadbir tahfiz yang sanggup percaya anak Hafiz akan melakukan dosa besar membunuh diri?
Jika benar itu yang difikirkan, itu bukan salah mangsa. Itu salah ajaran yang sepatutnya menjadi perisai iman. Itu tunjukkan anda yang gagal, bukan dia.
♦️ Bukankah pelajar tahfizlah yang kita harapkan untuk membantu apabila ada kes dirasuk hantu atau jin?
Kalau mereka sendiri yang takut, dan dendangan ayat-ayat suci di sekolah pun tidak berkesan , apa lagi yang kita boleh harapkan?
Bukan cerita hantu
Tiga tahun kemudian, Mahkamah Koroner memutuskan:
Faris tidak membunuh diri. Dia dibunuh oleh orang yang tidak dikenalpasti.
Namun, ketika itu, banyak bukti telah hilang. Dengan robohnya tandas, crime scene telah musnah.
Hakim Koroner sendiri tidak dapat melihat keadaan asal tempat kejadian.
Bagi kriminologis yang memerhati, ini bukan cerita hantu dan jin. Ini adalah tindakan klasik untuk menutup jenayah dan memusnahkan bukti.
Ironinya, bukan sahaja mangsa difitnah. Sekali hantu dan jin ditohmah sekali.
Rekod mahkamah sudah membuktikan siapa Faris sebenarnya. Seorang penghafaz al-Quran yang hidup teraniaya. Matinya pula ditunggang oleh orang sekelilingnya.
Isunya apa tindakan kita kepada mereka yang memfitnah mangsa? Cover up crime scene pula.
Siapa yang mereka nak lindungi sebenarnya?
Kalau mereka berani roboh tandas di bawah arahan rasmi, mereka juga mesti berani jawab di bawah sumpah rasmi.
Kita sangat harapkan polis buat kerja. Selepas 12 tahun berikan keadilan pada mangsa dan keluarga.
BACA JUGA DAP taja Jalur Gemilang gergasi, Akmal pembuli