RUU Pekerja Gig akan dibentang esok tetapi ada perkara yang tidak disertakan

RUU Pekerja Gig yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada Jumaat akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama esok.

Walau bagaimanapun ia tidak merangkumi Suruhanjaya Pekerja Gig.

“Jawatankuasa parlimen khas akan meneliti RUU tersebut dan jika tiada pindaan, ia akan dibentangkan pada esok,” kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim, lapor Scoop.

Walau bagaimanapun peruntukan untuk Suruhanjaya Pekerja Gig Malaysia (Segim) tidak disertakan di dalam laporan ini.

“Tumpuan sekarang ialah RUU bukannya Suruhanjaya kerana ia memerlukan lebih penjelasan,” kata Sim yang menambah bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memantau usaha mewujudkan suruhanjaya tersebut.

“Ada beberapa perkara yang perlu dirungkai termasuk definasi suruhanjaya, terma rujukan dan belanjawan,” kata Sim lagi.

Pada minggu lalu Ahmad Zahid menyatakan bahawa bacaan kali kedua RUU ini akan berlangsung pada 26 Ogos.

BACA JUGA: Kerajaan akan tubuhkan Suruhanjaya Pekerja Gig