Kes Zara Qairina: AGC dakwa lima pelajar bawah umur bawah seksyen 506(C)(1) Kanun Keseksaan
Jabatan Peguam Negara (AGC) nekad untuk mendakwa lima pelajar bawah umur yang telah membuli pelajar Tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir di bawah seksyen 506(C)(1) Kanun Keseksaan.
Seksyen ini meliputi gangguan.
“Kita akan teruskan,” kata Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, petik Harian Metro.
Sebelum ini para peguam yang mewakili keluarga arwah Zara meminta AGC meminda tuduhan dan membuat dakwaan di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan yang menjenayahkan perbuatan membahayakan seseorang.
Seksyen 507D(2) memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun penjara manakala 506C(1) memperuntukkan hukuman penjara setahun, denda atau kedua-duanya.
Para peguam yang mewakili keluarga Zara risau akan bukti baharu menerusi inkues yang akan merencatkan usaha membuat tuduhan berat untuk jenayah yang dilakukan terhadap Zara.
Zara ditemui tidak sedar diri pada jam 4 pagi pada 16 Julai setelah jatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya di Papar, Sabah.
Dia meninggal di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu pada keesokan hari.
Pada Ogos 9 mayatnya digali semula untuk tujuan bedah siasat ekoran tuduhan bahawa arwah ialah mangsa buli.
BACA JUGA: Pembangkang tunggang teruk kes Zara, ‘terpaling’ tahu hingga fitnah orang lain