Nurul Izzah perjuang isu tambun tanah atas sawah, pertegas jangan dibiarkan
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah mengadakan sesi dialog dengan kumpulan pesawah Permatang Pauh berhubung isu penambunan tanah di atas sawah padi secara haram.
Pada sesi itu beliau telah meminta kerjasama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Exco dan pihak majlis sendiri untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan kegiatan penambunan di atas tanah bendang.
Dalam tinjauan turun padang, Nurul Izzah melahirkan rasa kecewa melihat kawasan sawah padi telah ditambun bagi tujuan pembangunan.
“Takkan kita nak biarkan perkara ini berleluasa. Saya sangat kecewalah,” katanya.
Difahamkan Ketua Pemuda AMANAH Permatang Pauh, Hamdi dan Pengarah Strategi PKR, Dr Norlela telah pun membuat aduan rasmi kepada pihak MBSP supaya dihentikan aktiviti penambunan oleh pemaju hartanah secara haram.
Mereka memaklumkan pihak majlis juga sudah mengambil tindakan bagi menghalang jentera-jentera korek tanah dari meneruskan penambunan tanah.
BACA JUGA Syahredzan kritik ADUN Pas main sentimen agama isu penggantungan Ahmad Marzuk