RM100 juta untuk Gaza, PMX seru syarikat swasta salur bantuan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan dana bantuan berjumlah RM100 juta untuk Gaza.

““Malam ini saya mengumumkan bagi pihak Kerajaan MADANI, kita telah luluskan RM100 juta dua tahun lalu… dan malam ini saya isytiharkan Kerajaan Malaysia akan bagi RM100 juta lagi,” katanya.

Selain itu, Anwar juga menyeru syarikat-syarikat swasta untuk turut prihatin terhadap kesengsaraan yang dialami oleh warga Palestin.

Anwar pada masa sama menyeru syarikat-syarikat swasta agar turut prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin.

“Saya akan minta rakan-rakan dari syarikat negara kita untuk terus membantu. Mereka telah bantu sebelum ini,” ujarnya.

PM Anwar semasa Majlis Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, malam tadi.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut menyifatkan tindakan rejim Zionis Israel sama seperti haiwan.

Beliau juga menyelar sikap Perdana Menteri Israel yang dianggapnya kurang siuman apabila dengan mudah menuduh warga Gaza terlibat dengan aktiviti Hamas.

“Ini bukan manusia ini haiwan, orang lapar mati kebuluran, bahan makanan di sempadan tak boleh masuk, orang sakit perlu ubat.

“(Tetapi) Ubatnya dipagar, tidak boleh masuk, manusia paling teruk pun tidak sebegini.

“Nentanyahu dan kelompoknya memang kurang siuman, zalim pun sanggup dipertahankan, anak-anak kecil pun (dituduh) Hamas,” katanya.

Perdana Menteri turut menyeru kepada kesatuan masuarakat dalam mendepani isu Gaza agar dapat menghulurkan bantuan dan menghentikan kesengsaraan warganya.

“Jangan tanam bibit-bibit kebencian dan perpecahan di kalangan kita.

“Bina kekuatan baru, kepada anak-anak muda, saya pesan bangkit jaga negara ini biar benar merdeka, biar naik martabat, harakat bangsa negara, baru boleh bantu yang lain,” katanya lagi.

BACA JUGA Tuntut keadilan untuk mangsa ‘dirompak’ jadi modal politik